Walaupun sektor swasta telah diberi peranan untuk menerajui
pertumbuhan ekonomi negara, namun kerajaan perlu memainkan peranan penting
dalam bidang-bidang berkaitan pembangunan sosial dan keselamatan. Ini kerana
sektor swasta mengutamakan keuntungan dan akan melabur di dalam sektor-sektor
yang menghasilkan pulangan tinggi. Sebaliknya sektor-sektor yang pulangannya
rendah seperti sektor pertanian dan yang pulangannya mengambil masa lama
seperti infrastruktur termasuk infrastruktur sosial dan keselamatan, biasanya
tidak mampu menarik pelaburan swasta. Tambahan pula, penyediaan infrastruktur
berkenaan merupakan tanggungjawab tradisi kerajaan. Ketidakseimbangan akan
berlaku jika kerajaan tidak memenuhi tanggungjawab ini. Penyertaan sektor
swasta dalam bidang-bidang tradisi kerajaan boleh digalakkan dengan menyediakan
persekitaran atau insentif yang bersesuaian. Namun begitu, jika insentif yang
disediakan masih tidak dapat menarik pelaburan swasta, atas kepentingan negara,
kerajaan sendiri perlu berperanan aktif dan melabur dalam bidang-bidang
berkenaan.
No comments:
Post a Comment