Friday 30 March 2012

Pengenalan UMS

Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan universiti tempatan yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Universiti ini ditubuhkan pada 24 November 1994.  Pada awal penubuhan Universiti Malaysia Sabah, pusat pentadbiran terletak di Kuala Lumpur dan berpindah ke Kota Kinabalu pada tahun 1995. terdapat 3 cawangan kampus Universiti Malaysia Sabah iaitu kampus ibu pejabat yang terletak di Kota kinabalu, Sabah .  Kampus kedua pula ialah Kampus Antarabangsa di Labuan yang dibuka pada tahun 1999 dan Kampus Pertanian yang terletak di Sandakan. 
Pada masa kini, UMS mempunyai 13 buah sekolah dan 9 institusi penyelidikan.  Sekolah Sains Sosial merupakan sekolah awal yang ditubuhkan oleh UMS iaitu pada tahun 1995 dan pada ketika itu pelajar yang diambil merupakan pengambilan pertama universiti ini.  Naib Canselor UMS ialah Y.Bhg. Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon.  


                                                  Logo Universiti Malaysia Sabah

  

Wawasan Universiti Malaysia sabah ialah menjadi sebuah universiti berinovatif yang bertaraf dunia.  misi universiti ini pula ialah Mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa menerusi pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan khidmat masyarakat serta untuk mencapai keseimbangan pengkhususan ilmu dan keperibadian pelajarnya untuk menghasilkan produktiviti dan kualiti yang tinggi dalam konteks persekitaran dan aspirasi pembangunan masyarakat dan Negara.  moto UMS ialah "Bertekad Cemerlang"  Kecemerlangan dalam sebarang aktiviti akan menjadi pendorong dan sasaran utama kepada UMS. Mercu tekad ialah pencapaian yang akan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

No comments:

Post a Comment